Rujukan BMM 3112
Solat Gerhana Khamis 16 Jun 2011
Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester 5 2011
Rujukan BMM 3107
ANCAMAN SYIAH 2
ANCAMAN SYIAH
Gurindam Jiwa
Melayu - Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Wednesday, March 24, 2010
Hayati.....
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG KERAS ITU TAKAL;
YANG ELOK ITU BUDI,
YANG INDAH ITU BAHASA,
YANG PANTAS ITU AKAL.
Terima kasih kepada pensyarahku yang telah menurunkan ilmu ini. Kalau selama ini kita hanya tahu 4 rangkap sahaja... inilah sebenarnya yang sepenuhnya iaitu 6 rangkap...
Monday, March 15, 2010
BINA INSAN GURU- BIG










Pada 13 hingga 15 Mac kumpulan pertama PGSR Ambilan November 2008 telah menjalani program Bina Insan Guru ( BIG ). Program ini telah disertai oleh unit Bahasa Melayu , Sains dan Bahasa Tamil. Seramai 76 org guru telah terlibat . Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu A,B,C,D,E dan F.Puan Maslina dari unit Bahasa Melayu telah dilantik sebagai Penghulu manakala Encik Hisham dari unit Sains telah menjadi penolong penghulu. Program BIG sesi kedua akan dilangsungkan pada 20-22 Mac yang melibatkan unit Matematik , PJ dan Bahasa Cina.
Pelbagai aktiviti telah kami jalani seperti Latihan Dalam Kumpulan... Aktiviti Air ... dan Kembara. Banyak pengalaman telah kami peroleh sepanjang aktiviti itu berjalan. Terima kasih kami ucapkan kepada para pensyarah yang memberi banyak panduan dan tunjuk ajar sepanjang aktiviti ini berlangsung dan ribuan kemaafan atas segala kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan. Semoga kita bertemu dilain aktiviti...
Persembahan Melodi Terbaik PGSRBM IPG KTI08
ANUGERAH MELODI KANAK-KANAK
Halagel Omega-3 Fish Oil
Mengandungi 1200 softgel. Fish Oil Omega-3 Mengandungi Eicosapentaenol Acid
( EPA ) 180mg dan Docosahexaenoic Acid ( DHA ) 120mg
EPA dapat mencegah:
- Kanser
- Trombosit ( Pembekuan darah )
- Atheroskerosis ( Pembekuan lemak dalam salur darah )
- Kadar kolesterol yang berlebihan
- Plasma lipid yang berlebihan
- Penyakit jantung
- Stres yang berlebihan
- Tekanan darah tinggi
DHA berfungsi membantu meningkat kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
Kelebihan lain yang yang terdapat pada Omega 3 adalah:
- Mencegah radang sendi
- Mencegah penat
- Meningkatkan daya seks dan kesuburan
- Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
- Mencegah penyakit kulit
- Mencegah migran, kesemutan, kebas pada kaki serta tangan.
Renungan Dr. Maza