









Pada 13 hingga 15 Mac kumpulan pertama PGSR Ambilan November 2008 telah menjalani program Bina Insan Guru ( BIG ). Program ini telah disertai oleh unit Bahasa Melayu , Sains dan Bahasa Tamil. Seramai 76 org guru telah terlibat . Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu A,B,C,D,E dan F.Puan Maslina dari unit Bahasa Melayu telah dilantik sebagai Penghulu manakala Encik Hisham dari unit Sains telah menjadi penolong penghulu. Program BIG sesi kedua akan dilangsungkan pada 20-22 Mac yang melibatkan unit Matematik , PJ dan Bahasa Cina.
Pelbagai aktiviti telah kami jalani seperti Latihan Dalam Kumpulan... Aktiviti Air ... dan Kembara. Banyak pengalaman telah kami peroleh sepanjang aktiviti itu berjalan. Terima kasih kami ucapkan kepada para pensyarah yang memberi banyak panduan dan tunjuk ajar sepanjang aktiviti ini berlangsung dan ribuan kemaafan atas segala kelemahan dan kesilapan yang kami lakukan. Semoga kita bertemu dilain aktiviti...
No comments:
Post a Comment